Wednesday, 6 July 2011

N E R A K A ! ! !

assalamu'alaikum w.b.t
Sahabat semua...bacalah....

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami,suami kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah danamalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

Luasnya Neraka


Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w

"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa
neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu nabi s.a..w. bersabda:

"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih,
kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit,
nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,
nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas
campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya:

"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya:

"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,
tiappintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaituyg lebih bawah lebih panas)"

Tanya Rasulullah s.a.w.:

"Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s..
serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali
dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk kedalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali
untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

DariHadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkankamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekorular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hastamengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
"Sesungguhnyaorang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dariketerangan-keterangan dan petunjuk hidayat,
sesudah Kami terangkannyakepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dandilaknat oleh sekalian makhluk."

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur,
mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw:

'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang kekubur orang mukmin sambil
membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil.
Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka
melalui titian' SiratulMustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orangyang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Kuberpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dandahaga.
Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digorengdan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru,
wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan
berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat
banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka
sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."




Sekian..
moga menjadi peringatan kepada diri sendiri dan juga orang lain..pintu taubat masih terbuka.
kalau mau share pon xpe :) kerana Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' (SurahAl-Baqarah : 237)

Untuk renungan dan amalan bersama ..
DOA Nabi Allah Yunus

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

wallahu'alam...


11 golongan manusia yang didoakan malaikat


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci,
malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya.
Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa:
"Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk
menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci,
kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya:
'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya
berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat
berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat
selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin'
ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai),
ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya
itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan
selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada
di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat
berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba)
pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh)
naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat
yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit)
sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu
Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan
solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat,
ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya
yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah
doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat
yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya
dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau
pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana
pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya,
satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi
orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan
malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk
saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan
berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat.
Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Wallahualam selamat beramal kengkawan...smile ^^,v ?

Tuesday, 5 July 2011

WaT!!






Kali ni kite story pasal wat lak.. tau tak apa itu wat... jomm,,.. layaaann!!!
Wat, kuil yang terdapat di kemboja, Thailand atau Loas. Perkataan “wat” atau disebut “vat” oleh masyarakat Loas bermaksud sekolah.

Watt adalah sebuah kuil suci agama Buddha tempat tiggal sami, kuil, sebuah bangunan yang menempatkan patung Buddha, dan struktur peringatan. Sebuah binaan Buddha tanpa menima tiga orang sami Buddha tidak boleh diklasifikasikan sebagai watt walaupun istilah ini sering kali digunakan.

Di Kemboja,,  wat yang digunakan untuk merujuk kepada semua jenis tempat ibadah.  Secara teknikal,, wat umumnya merujuk kepada sesuatu tempat ibadah Buddha.

Dalam bahasa sehari-hari di Thailand, wat adalh setiap tempat ibadah kecuali Masjid.. sekian dari ak menceritakan kisah tentg Wat ;)



about TRI ANGGA




salam, kali ni kita sama-sama layan pasal Tri Angga plak.. zashhh.............!!

Tri Angga adlah salah satu bahagian dari Tri Hita Karana, ( Atma, Angga dan Khaya ).

Tri Angga merupakan sistem pembahagian zon atau kawasan dalam senibina tradisional bali...


  1. Utama angga ialah bahagian yg terletak pada kedudukan yang paling tinggi, iaitu kepala.
  2. Madya angga, bahagian yang terletak di tengah, iaitu badan
  3. Nista angga, bahagian yang terletak di bahagian bawah atau dasar bangunan,.........

MANDALA.......





Jom, kali ni kite story pasal Mandala plak,, em,,, nak start dari mana ek.. ok2, camni, mandala dalam bahasa Sanskrit bermaksud lingkaran ataupon bulatan.

Bentuk asas sebuah mandala Hindhu dan Buddha kebanyakannya adalah empat segi empat tepat dengan empat gerbang mengandungi bulatan dengan titik pusat.

Mandala mempunyai makna spiritual dan ritual dalam agama Buddha dan Hindu.

Mandala juga merupakan sebahagian penting daripada amalan meditasi tantra anuttarayoga.

Yantra adalah salah satu daripada jenis-jenis mandala. Istilah Yantra biasanya merujuk pada konteks Hindu dan amalan. 

Yantra adalah komposisi geometri dua atau tiga-dimensi yang digunakan dalm sadhanas, atau ritual meditasi. Ia juga dianggap sebagai tempat tinggal dewa. 

Menurut seorang sarjana,"fungsi Yantars sebagai simbol wahyu dari kebenaran kosmik dan sebagai grafik pembelajaran aspek spiritual manusia".



bak kongsi ngn korang pasal BoROBUDUR..




salam,,... ari ni,, ak nk kongsingn korang semua pasal Borobudur,.. borobudur  adalh stupa Buddha, mazhab Mahayana dan monumen buddha yang terrbesar di dunia... Ianya juga adalah sebuah tempat pemujaan penganut agama Buddha.

Penganut agama Buddha dan Hindu merosot dengan kedatangan agama baru,,,..iaitu agama islam...
Setelah agama Islam,, pengaruh kristian pula yang semakinberkembang luas..

Kemerosokan borobudur semakin teruk apabila borobudur ditimbus oleh lava gunung berapi.

Terdapat gunung berapi yang masih aktif iaitu Gunung Sundoro-Sumbing dan Gunung Merbabu-Merapi di sungai Progo.....: )


continue... knapa masjid ad 3level bumbung??





Salam,, ingat x ari tu, ak ad cite pasal bumbung masjid… ingat x!? daripada kajian,,, akhirnya terungkai jua,, em, bumbung pertama bermaksud menjunjung syariat, bumbung kedua bermaksud menguasai hakikat, dan bumbung ketiga bermaksud mencapai makrifat… hebatkan seni bina melayu dulu2,buat sumthin tu penuh dengan maksud-maksud tersendiri dan penuh tersirat. 

Ada juga pendapat lain yang mengatakan bumbung yang pertama mewakili iman, bumbung kedua mewakili islam, dan bumbung ke 3 mewakili Ihsan...



MINANGKABAU




 Minangkabau..... em, menarik dan penuh daya seni. korang tau tak,, knpe umah ni dapt nama minangkabau..,, knape tak letak banglo ke,, umah teres ke, pondok, chalet.... knape minangkabau????
umah ni dinamakan minangkabau sbbnya berasal dari perkataan 'menang' dan 'kerbau', orang minangkabau atau turut jga dpgl Minang ni adalah kumpulan etnik yang berbahasa dan menjunjung adat minangkabau. Orang minang ni jga beragama Isalm,, wlaupon begitu,, mereka mash mengamal kan adat2 pd zamn nenek moyang mereka. em, kalau nk menurut cte lagenda la kan, menang kerbau td asalnya drpd perselisihan diantara kerajaan(minangkabau) dan seorang putera dari Jawa yang meminta pengakuan kekuasaan di tanah melayu. untuk mengelakkan pergaduhan dan pertumpahan darah ni,, so, rakyat mencadangkan untuk mengadakan pertandingan lawan kerbau. Putera membawa seekor kerbau yang ganas lagi besor. dan rakyat minangkabau menyediakan kerbau kecil yang lapar kemudian diasahkan tanduknya. dan perlawanan ini dimenangi oleh kerbau kecil krna ianya lapar dan secara tidak sengaja merodok tanduk nya kt perut kerbau yang besar tu sb ingin mencri puting susu untuk mghilgkan kelaparannya.. kerbau yang ganas itu mati dan penduduk berjaya menyelesaikan masalah pergelutan tanah dgn cara yang aman,,.. haa, menarik kan,,, haha.. dan sb itu lah,,, rumah orng Minang ni,,, berbentuk  mcm tanduk kerbau. sekian....-wslm





Dougong

antara gambr2 dougong






Salam, 
kali ni,, ak nk share ckit ilmu pasal sejarah.. 
jgn plak korang fkr sejarah ni boring,, best!! 
byk yang kite blajar dr sejarah,,, 
kalau takde sejarah, sape la kte ni,.. haha. 

korang tau x apa tu DOUGONG.. 
ianya adalah tangam yang sgt unik. Ianya digunakan secara 
meluas pada zaman china dulu2 sekitar 770-476 BC. 
Ianya salah satu elemen yang pentg 
dalam tradisional Chinese architecture ni. 

Dougong ni mempunyai byk interlocking yang akhrya akn membentuk bracket(tangam). 
Kesenian dougong ni amat terselah dan sememgnya menarik perhatian. 
sambungan antara kepingan kepingan kayu ini dlakukan tanpa gam,, 
mahupon paku.. fungsi dougong ni adalh untuk menghantar 
berat beam ke column (tiang) dan setersnya ke subsoil dan di dispose kan. 
Biasanya Dougong ni akan dpt kita lihat di kwsan Palace dan Temple diorg(chinese).